Tuesday, August 17, 2010

Cinta Dunia

hadith:
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana
bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni
talam
hidangan mereka
”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu?”
Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu
banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan
mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu, dan Allah akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan”‘. Seorang sahabat bertanya,
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi kita nenjawab, “Cinta pada dunia dan
takut pada mati”.
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam
pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh
Rasulullah
saw
. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000
juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka
selalu dipersendakan dan menjadi
alat permainan bangsa-bangsa lai
n. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti,
dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari
seluruh dunia walau pun
berbeza-
beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri
kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit ‘wahan” yang merupakan
penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua,
iaitu “
cinta dunia” dan ‘ttakut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat
dipisahkan. “
Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu
mendermakan harta di jalan
Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna
leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi
negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa
dalam memperjuangkan agarna Allah swt
.
Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.
Insyallah.

0 comments:

 

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم

Muslim & Muslimah

My Blog List

Ting Tong

azryn|kun|net

azryn|games

azryn|komputer

Nur|syafiQah

azryn|anime

azryn|islamik

Hairil|Nuar

cute|ifa

sheyenne_rainstorm Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers